Mourinho Dapat Kerja Baharu Ada Kaitan Dengan United?

0
439

 

Jose Mourinho memiliki pekerjaan baharu, tetapi ia bukan dalam bidang pengurusan kelab buat masa ini.

Bekas pengurus Manchester United itu meninggalkan Old Trafford pada Disember dan membuat penampilan di BeIN Sports sebagai seorang pakar.

Kini, walaupun dikaitkan dengan pelbagai kelab di seluruh Eropah, Mourinho mempunyai peranan baharu dalam media, dia secara tidak langsung akan bercakap tentang United.

Dalam rancangan baharunya yang berjudul On the touchline with Jose Mourinho dan akan disiarkan di Rusia Today menampilkan bekas pengurus itu memberikan ‘analisis unik’ bagi setiap pusingan aksi Liga Juara-Juara.

Bermula pada 7 Mac, Mourinho akan diminta untuk memberikan pandangannya mengenai perlawanan terakhir United menentang Paris Saint-Germain dan kontraknya akan berakhir sehingga final Liga Juara-Juara pada 1 Jun.

Dalam klip promosi rancangan itu yang difilemkan di sebuah permainan hoki ais, Mourinho berkata: “Saya akan bercakap mengenai bola sepak di RT, apa lagi yang anda fikir saya akan lakukan?”

Bagaimanapun, peminat United yang berharap dapat mendengar tentang pemecatannya dari United akan berasa kecewa kerana kelab itu dilaporkan memasukkan ‘klausa kerahsiaan’ dalam paket pemutusan itu.

Bulan lalu, satu laporan mengatakan United memasukkan fasal dalam pakej itu untuk memastikan Mourinho tidak bercakap mengenai dirinya yang sudah meninggalkan kelab tersebut. – Manchester Evening News

-mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here