Mourinho Dapat Kerja Baharu, Kini Bergelar Pengulas Sukan

0
186

 

Jose Mourinho tidak perlu menunggu tempoh yang lama untuk mendapat kerja baharu selepas dipecat sebagai pengurus Manchester United bulan lalu.

BeIN SPORTS dikatakan telah melantik Mourinho sebagai pengulas sukan untuk syarikat itu.

Mourinho akan memulakan tugas mengulas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 19 Januari ini melibatkan perlawanan antara Arsenal dan Chelsea.

Malah bekas jurulatih United itu turut akan mengulas perlawanan Piala Asia membabitkan Qatar menentang Arab Saudi.

Sebenarnya Mourinho pernah menjadi pengulas sukan untuk stesen televisyen Rusia, RT pada aksi Piala Dunia musim panas lalu.

Real Madrid kini dikatakan cukup berminat untuk membawa kembali Mourinho ke Sentiago Bernabeu.

Dalam masa yang sama Benfica turut berminat mendapatkan pengendali dari Portugal itu.

Namun dia mendedahkan tiada niat untuk bertugas di Portugal.

“Saya tidak mahu pergi ke sana tetapi cara terbaik untuk menghormati sebuah kelab hebat (Benfica) dan presiden hebat adalah mengatakan saya tidak mendapat sebarang tawaran.

“Jika ya, Benfica adalah orang pertama yang mengetahui keputusan saya. Namun untuk membantu menamatkan spekulasi ini, saya akan katakan buat masa sekarang, hari ini, saya tiada niat untuk bekerja di Portugal,” katanya.

Sumber: Mirror.co.uk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here