Mourinho: Duduk Rumah Dan tengok TV jika Takut Bermain Di Depan Penyokong Sendiri

0
108

 

Jose Mourinho menjadi sasaran kritikan selepas pasukannya sekadar seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace Sabtu lalu.

Keputusan seri tersebut menyaksikan United hanya mencatat tiga kemenangan di tempat sendiri dalam semua perlawanan musim ini.

Sebelum ini, dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara bagi Kumpulan H bertemu Valencia dan Juventus di halaman sendiri berakhir dengan keputusan seri dan tewas.

Mourinho mengakui prestasi anak buahnya lebih baik bermain di tempat lawan berbanding di halaman sendiri.

Situasi tersebut jelas kurang disenangi oleh Mourinho apabila dia menyuruh pemain-pemainnya lebih baik berada di rumah dan menonton aksi United di televisyen sekiranya tidak boleh berdepan dengan tekanan bermain di Old Trafford.

“Jika kamu berasa tertekan, duduk di rumah dan apabila saya kata di rumah ia bukan ‘rumah stadium’, saya kata rumah, rumah dan menonton TV.

“Apabila ada orang datang menyokong, tolonglah. Saya tidak berasa tertekan bermain di tempat sendiri.

“Saya fikir ia mungkin (sesetengah orang berpendapat) tidak ada rasa hormat berada di stadium dan penyokong, dan sebab itu kami memilih untuk bermain jauh daripada tempat sendiri. Saya tidak bersetuju dengan pendapat itu,” jelas pengendali Portugis itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here