Mourinho Menyesal Beli Sanchez

1
1225

 

Jose Mourinho mengakui dia melakukan kesilapan besar dan menyesal kerana membeli Alexis Sanchez, malah dia turut percaya Manchester United sepatutnya membawa masuk pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic.

Sanchez dipercayai tidak gembira berada di Old Trafford dan mahu keluar daripada United selepas posisinya diambil alih Anthony Martial.

Untuk rekod, pemain kebangsaan Chile itu hanya menjaringkan satu gol dalam semua perlawanan musim ini.

Mourinho ternyata hairan dengan kejatuhan prestasi merudum Sanchez dan The Times melaporkan dia mengakui United tersilap membeli pemain sayap yang sepatutnya diperlukan kelab.

Dalam masa yang sama, Mourinho turut kecewa dengan tindakan kelab yang tidak berusaha sebaik mungkin menyambar Perisic.

Bagi Mourinho, United kini kekurangan pemain yang boleh melakukan hantaran dengan baik dan dia kecewa dengan tindakan penyudah Sanchez yang agak tumpul.

Sanchez turut dikatakan gagal mengikuti corak permainan Mourinho.

Meskipun Sanchez mempamerkan aksi yang cemerlang ketika menang keatas Juventus, Mourinho tetap tidak gembira dengan pemain itu.

Mourinho berpendapat dia sepatutnya menjadi lebih prolifik dalam membantu pasukan menjaringkan lebih banyak gol.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here