Mourinho: Musim ini United Akan Berjuang Untuk Empat Terbaik

0
217

 

Manchester United terpaksa menelan pahit kekalahan selepas tewas 1-3 kepada Manchester City pada aksi ke-12 liga di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, United mengejutkan ramai pihak apabila menang dalam aksi Manchester Derby di Stadium Etihad.

Musim lalu United ketinggalan dua gol terlebih dahulu namun berjaya membalikkan keputusan dan meraih kemenangan. Situasi yang hampir sama berlaku awal pagi tadi tetapi United gagal mengulangi kebangkitan seperti musim lalu.

Pengendali United, Jose Mourinho memahami bahawa kekuatan pasukannya dan City jauh berbeza. Dia percaya United juga mengalami kesukaran kerana jadual perlawanan tidak memihak kepada mereka kerana terpaksa berdepan perlawanan yang sukar sebelum perlawanan dengan City.

Bukan itu sahaja, Mourinho sedar pasukannya perlu lebih bekerja keras untuk menjadi empat pasukan terbaik musim ini.

Baca ulasan penuh di bawah:

12 Mata

Meskipun tewas, Mourinho percaya prestasi pasukannya semakin baik berbanding di awal musim. Malah dia menegaskan pertahanan United sudah jauh lebih baik walaupun melepaskan tiga gol ketika menentang City.

“Perbezaan 12 mata dengan City, saya fikir pasukan kami semakin baik, meskipun kami bolos tiga gol hari ini, prestasi pertahanan kami tetap positif,” kata Mourinho di Sky Sports.

“Kami tahu ada perbezaan dalam prestasi kedua-dua pasukan. Sejak awal musim, kami tahu posisi kedua kami musim lalu adalah pencapaian yang menakjubkan untuk kami, dan musim ini kami akan berjuang untuk empat terbaik.”

Prestasi United Semakin Meningkat

Mourinho mengadu mengenai jadual padat yang terpaksa dihadapi United. Sebelum menentang City, United telah berdepan dengan lawan-lawan yang cukup kuat.

“Kami bermain di bawah prestasi terbaik, kami mengharungi perlawanan yang sukar, berkunjung ke Chelsea, berkunjung ke City, hampir mustahil bagi kami untuk menang tiga perlawanan berturut-turut.

“Semua perlu bersetuju. Bertandang ke Juventus dan menentang salah sebuah pasukan terbaik dunia untuk tempoh 90 minit dan ia adalah perkara berbeza apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 6-0 di laman sendiri serta ia sangat mudah. Kami hadir untuk perlawanan ini dengan keadaan yang berbeza,” katanya.

“Ia bukan saja usaha secara fizikal namun tekanan mental. Saya fikir sesetengah pemain merasainya,” tambah Mourinho.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here