Mourinho: Pogba Sebagai ‘Virus’ Di United

1
539

 

Bos Manchester United, Jose Mourinho dikatakan sangat marah kepada Paul Pogba ekoran prestasi buruk pemain itu ketika perlawanan dengan Southampton.

Dalam perlawanan tersebut, United ketinggalan 2-0 dalam 20 minit awal permainan setelah tuan rumah membolosi gawang David De Gea menerusi jaringan Stuart Armstrong dan Cedric Soares.

United bernasib baik dan terselamat daripada kekalahan apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Romelu Lukaku dan Ander Herrera bagi membolehkan United pulang dari St. Mary’s dengan satu mata.

Kemarahan Mourinho

Dipetik dari Daily Record, Mourinho kecewa dengan prestasi pasukannya ketika berkunjung ke Southampton. Satu nama yang menjadi sasaran utama kemarahan Mourinho adalah Pogba.

Mourinho dikatakan memanggil Pogba sebagai ‘virus’ dalam bilik persalinan kerana terlalu kecewa dengan penampilan Pogba di atas padang.

“Anda tidak bermain. Anda tidak menghormati para pemain dan penyokong. Dan anda membunuh menteliti orang sekitar anda yang jujur dan baik,” kata Mourinho kepada Pogba.

Hubungan Buruk

Hubungan Mourinho dan Pogba sememangnya agak kurang baik sejak musim lalu lagi dan ketegangan hubungan mereka kembali memuncak pada awal musim ini.

Pogba dikatakan sudah tidak rela menjadi ‘anak tiri’ kepada Mourinho dan bersedia keluar dari Old Trafford. Pemain dari Perancis ini dikaitkan dengan perpindahan kembali ke bekas kelabnya, Juventus.

Selepas perlawanan menentang Southampton, United akan menghadapi satu perlawanan besar apabila bakal melayan kunjungan Arsenal pada Khamis ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here