Mourinho: Salah Chelsea Dan Salah Liverpool Adalah Orang Yang Berbeza

0
338

 

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberikan pujian kepada pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah kerana kagum dengan peningkatan prestasi itu yang sangat drastik.

Bagi Mourinho, peningkatan prestasi drastik Salah terbukti selepas dia menunjukkan persembahan yang agak cemerlang semenjak menyertai Liverpool. Pada musim lalu, pemain dari Mesir itu telah menjaringkan 44 gol untuk The Reds.

Menurutnya lagi, hasil prestasi menakjubkan itu telah membuktikan bahawa Salah telah menjadi pemain yang begitu kuat dan hebat.

Mourinho mengakui perbezaan yang amat ketara antara Salah di Chelsea dan Salah di Liverpool sekarang ini.

“Dia telah menunjukkan peningkatan prestasi yang sangat baik di setiap peringkat.

“Secara fizikal, perkembangan yang luar biasa, dulu dia seorang lelaki yang pantas tapi lembik dan kini dia seorang lelaki yang pantas dan kuat.

“Dia adalah seorang pemain yang hebat, berbeza dengan pemain yang kami beli dari Basel ke Chelsea dulu. Dulu dia adalah pemain sokongan dan sekarang dia adalah pemain terbaik di dunia.

“Saya menganggapnya tidak membantu saya (di Chelsea) kerana dia pemain sokongan dan kini dia pemain terbaik,”┬ájelas Jose Mourinho.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here