Mourinho : Saya Yang Beli Salah, Bukan Menjualnya

0
368

 

Mohamed Salah merupakan salah seorang dari pemain terbaik dunia buat masa ini. Melihat dari prestasi Salah sekarang, ramai pihak mula menyalahkan Jose Mourinho kerana menjual Salah semasa berada di Chelsea pada tahun 2016.

Disebabkan dituduh sebegitu, Mourinho menjelaskan bahawa bukan dia yang membuat keputusan untuk menjual Salah. Sebaliknya, Mourinho menegaskan bahawa dia yang memaksa Chelsea untuk membeli Salah dari FC Basel pada tahun 2014.

Mourinho turut mengakui bahawa Salah pada awalnya di Chelsea tidak mendapat banyak peluang untuk bermain, walaupun Salah menginginkannya. Disebabkan hal itu, Mourinho pun bersetuju untuk Salah dipinjamkan ke Florentina untuk menambah pengalaman.

Malangnya, ketika Chelsea memutuskan untuk menjual Salah, Mourinho menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui tentang hal tersebut.

“Orang cuba melabelkan saya sebagai jurulatih yang menjual Salah. Saya sebenarnya jurulatih yang membeli Salah,” kata Mourinho menurut Squawka.

“Chelsea bermain melawan Basel di Liga Juara-Juara. Salah merupakan pemain di Basel.

“Ketika bermain melawan pasukan tertentu, saya menganalisa pasukan dan pemain dengan cukup lama. Kemudian saya tertarik dengannya (Salah). Saya pun membelinya.

“Ketika Salah ingin bermain dengan lebih banyak, kami memutuskan untuk meminjamkannya ke Itali (ke Fiorentina). Bola sepak taktik, bola sepak fizik, tempat yang bagus untuk bermain.

“Fiorentina merupakan pasukan yang bagus untuk bermain tanpa tekanan mengejar gelaran. Kami memutuskan untuk meminjamkannya ke sana.

“Semasa kelab memutuskan untuk menjualnya, itu bukan saya. Saya membelinya, saya tidak menjualnya,” jelas Mourinho.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here