Mourinho Tolak Tawaran Benfica

0
146

 

Walaupun baru dipecat oleh Manchester United pada 18 Disember 2018 lalu, itu tidak bermakna tiada kelab yang berminat dengan Jose Mourinho.

Menurut laporan oleh Sportskeeda pada 7 Januari 2019, Mourinho telah menolak tawaran untuk melatih kelab gergasi Portugal, Benfica.

Pada 2 Januari 2019, pengurusan Benfica telah mengambil keputusan untuk memecat jurulatih Rui Vitoria.

Jurulatih berusia 48 tahun itu dianggap gagal dalam menaikkan prestasi pemain-pemain Benfica.

Sehingga Liga Portugal (Primeira Liga) 2018/19 memasuki perlawanan ke-16, Benfica hanya mampu berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 35 mata.

Mereka kekurangan empat mata di belakang FC Porto di kini berada puncak liga.

Demi menyelamatkan pasukan, pihak pengurusan Benfica bercadang untuk melantik Mourinho sebagai jurulatih baharu pasukan itu.

Malangnya, Mourinho tidak berminat untuk membuat kemunculan kembali dalam Liga Portugal walaupun namanya mula melonjak naik ketika menjadi jurulatih di Portugal.

Kerjaya kejurulatihan Mourinho bermula pada tahun 2000 dengan membimbing Benfica.

Selepas itu, dia melatih Uniao de Leiria dari tahun 2001-2002 dan kemudiannya melatih FC Porto dari tahun 2002-2004.

Ketika bersama Porto merupakan detik permulaan kejayaan besar yang dicapai oleh Mourinho.

Selama dua setengah musim di Porto, Mourinho berjaya meraih enam trofi antaranya dua trofi kejuaraan Liga Portugal dan satu trofi Liga Juara-juara 2003/04.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here