MU Kalahkan Fulham, Kini Berada Di Zon Layak Ke Liga Juara-Juara

0
174

 

Kemenangan sempurna telah diraih oleh Manchester United ketika bertandang ke Stadium Craven Cottage, Fulham. Pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-26 2018/19, Red Devils telah memperoleh kemenangan 3-0.

Sumbangan dua gol dari Paul Pogba dan satu gol dari Anthony Martial memastikan United memperoleh kemenangan kelapan dalam EPL sejak berada di bawah bimbingan jurulatih sementara Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut Solskaer, prestasi para pemain United beraksi buruk dalam 10 minit pertama perlawanan. Walau bagaimanapun, Paul Pogba telah menunjukkan prestasi terbaiknya sehingga perlawanan berakhir.

Jurulatih berusia 45 tahun itu juga berasa gembira kerana para pemainnya dapat memaksimumkan kualiti permainan dalam perlawanan tersebut.

“Dalam 10 minit pertama kami mengalami kesukaran. Tetapi saya gembira dapat melihatnya dalam 80 minit selanjutnya. Kami menguasai perlawanan dengan baik, itulah yang perlu anda lakukan ketika bermain jauh dari kandang sendiri, dan kami melakukan permainan bola sepak yang baik,” kata  Solskjaer seperti dilapor BBC.

“Para pemain mempunyai kualiti permainan yang hebat. Saya telah lama menyokong (Manchester). Sebagai peminat anda pergi ke setiap perlawanan yang anda fikir anda akan memenanginya. Kami berada dalam prestasi yang baik, dan saya pasti para pemain merasakan hal yang sama juga,” katanya lagi.

Kemenangan ke atas Fulham membolehkan United naik ke posisi keempat dalam carta EPL dan sekaligus berada zon Liga Juara-Juara musim hadapan.

United kini mengumpul 51 mata, satu mata mengatasi Chelsea di posisi kelima, dan Arsenal posisi keenam liga.

Kedudukan United di zon Liga Juara-Juara masih belum selamat kerana sekiranya Chelsea berjaya mengalahkan Manchester City tengah malam ini, maka United akan beralih kembali ke posisi kelima liga.

“Kami mahu terus maju dan berada di tempat keempat. Apabila anda memenangi perlawanan, anda sentiasa gembira dan saya fikir orang akan menikmatinya,” kata Solskjaer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here