“Mula-Mula Kata Jual Pukul 9, Ni 8.30 Dah Mula Jual,” Penyokong Harimau Malaya Kecewa, Dakwa Tiket Final 1 AFF Selasa ini Habis Tak Sampai Beberapa Minit

0
467

 

Malaysia akan bertemu Vietnam dalam aksi final Piala Suzuki AFF 2018 dimana perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini, 11 Disember 2018.

Sama seperti sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 20,000 tiket dijual pada Jumaat (hari ini), bermula 9 pagi dan 20,000 lagi pada hari Sabtu pada jam 9 pagi. Sementara baki 40,000 tiket pula akan dijual secara fizikal bermula Ahad di lokasi perjualan yang telah ditetapkan.

Wala bagaimanapun, pagi ini Facebook rasmi FAM diserang penyokong Harimau Malaya yang mendakwa bahawa tiket pada hari ini sudah habis hanya dalam beberapa minit.

Lebih mengecewakan apabila tiket dijual 30 minit lebih awal berbanding masa yang diumumkan sebelum ini iaitu pukul 9.00 pagi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan tiket dijual lebih awal kerana www.tickethotline.com.my mahu melakukan ujian sistemnya setengah jam lebih awal. Akibatnya 20,000 keping tiket telah pun habis terjual dalam masa sangat singkat.

Oleh itu, FAM mengambil pendekatan menambah 10,000 tiket lagi hari ini dan akan menjadikan hanya baki 10,000 keping sahaja akan dijual secara online 9.00 pagi esok (Sabtu, 8 Disember 2018).

Harga tiket bagi perlawanan Selasa ini dijual pada harga RM40 bagi tempat duduk terbuka, dan RM5 bagi tiket kanak-kanak serta satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan, RM50 untuk grandstand.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here