Muller Digantung Dua Perlawanan, Terlepas Peluang Beraksi Menentang Liverpool

0
125

 

Penyerang Bayern Munich, Thomas Muller digantung dua perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Bintang Jerman itu telah dikenakan kad merah ketika perlawanan menentang Ajax Amsterdam pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Kad merah itu dilayangkan kerana Muller telah melakukan tendangan berbahaya ke arah kepala pertahanan Ajax, Nicolas Tagliafico.

Pada awalnya, Muller hanya dikenakan penggantungan satu perlawanan sahaja kerana menerima kad merah. Malangnya, selepas diteliti oleh panel disiplin Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), dia kini telah dikenakan penggantungan dua perlawanan.

Disebabkan berdepan dengan dua penggantungan tersebut, Muller terlepas aksi menentang Liverpool pada pusingan pertama dan kedua UCL peringkat 16 pasukan terakhir nanti.

Pusingan pertama perlawanan diantara Bayern dengan Liverpool dijadualkan pada 20 Februari 2019 dan pusingan kedua pula berlangsung pada 14 Mac 2019 nanti.

Sebelum ini, Muller telah meminta maaf dan menegaskan bahawa kejadian itu bukan disengajakan kerana dia hanya mahu menyepak bola sahaja.

“Tidak, sudah tentu saya tak sengaja melakukannya,” kata Muller kepada wartawan.

Bagi jurulatih Bayern, Niko Kovac berpendapat bahawa layangan kad merah itu adalah satu keputusan yang betul yang dibuat oleh pengadil.

Pada musim ini, Muller telah menjaringkan lima gol dan enam assist dalam 25 perlawanan bersama Bayern di semua peringkat kejohanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here