Napoli Bakal Bermain Secara Menyerang Menentang Liverpool

0
111

 

Kemenangan Napoli 4-0 ke atas Frosinone makin mendekatkan jurang mata dengan pendahulu liga Serie A 2018/19, Juventus. Walaupun perbezaan mata yang agak jauh, Partenopei tidak akan membiarkan Old Lady gah di puncak liga dan akan terus menyainginya.

Selepas kemenangan itu, Napoli kembali fokus kepada Liga Juara-Juara 2018/19 pula. Kedudukan mereka sekarang yang berada posisi teratas masih lagi boleh digugat oleh Liverpool. Partenopei akan bertandang ke kubu The Reds, Stadium Anfield pada hari Rabu 12 Disember 2018 pagi.

Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti, 59, berjanji tidak akan bermain secara bertahan ketika menentang The Reds nanti. Walaupun memerlukan keputusan seri sahaja untuk layak ke peringkat seterusnya dan atas sebab untuk mengelak daripada berlaku tragedi buruk iaitu kekalahan, dia akan menggunakan strategi menyerang.

“Kami tidak tahu bagaimana caranya bermain bertahan dan tentu saja tidak akan melakukan hal tersebut ketika melawan Liverpool. Kami ingin mengawal perlawanan. Kami tidak biasa bermain bertahan dan tidak biasa bermain seperti itu. Kami tidak akan ‘parking bas’ di depan gol,” kata Carlo Ancelotti kepada Live Soccer Tv.

“Kami yakin akan berjaya ke peringkat seterusnya. Setakat ini kami sudah menyiapkan kuih yang cantik, tinggal hiasannya sahaja. Saya mempunyai kenangan indah di Anfield kerana pernah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) di sana bersama Chelsea,” tambahnya lagi.

Buat masa ini Napoli berada di posisi pertama Kumpulan C Liga Juara-Juara 2018/19 dengan sembilan mata. Paris Saint-Germain (PSG) mengikut rapat di tempat kedua dengan lapan mata, dan diikuti oleh Liverpool pada tempat ketiga dengan enam mata. Tempat terakhir dimiliki oleh Red Star Belgrade dengan empat mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here