Nasib Gattuso Di AC Milan Bagaikan Di Hujung Tanduk

0
143

 

Prestasi jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso sekali lagi dipersoalkan berikutan keputusan seri yang diperolehi pasukan bimbingannya dalam perlawanan ke-18 Serie A. Milan sekadar meraih keputusan seri 0-0 ketika menentang pasukan bawah liga, Frosinone.

“Kami berada dalam keadaan paling teruk dan kami tidak mendapatkan keputusan yang baik, saya bertanggungjawab dan kami bersedia untuk perlawanan seterusnya,” kata Gattuso seperti yang dilaporkan oleh Football Italia.

Kegagalan Milan mendapatkan tiga mata penuh telah menyebabkan mereka jatuh ke kedudukan keenam liga, dipintas Sampdoria yang berjaya memenangi 3-0 ke atas Chievo.

Kemerosotan Milan sebelum ini di peringkat Eropah dengan gagal meneruskan persaingan dalam Liga Europa menyebabkan pihak pengurusan Milan merasa malu dan mula mempertimbangkan mahu memecat Gattuso.

Mendengar berita pemecatan itu, Gattuso berkata dia bersedia dipanggil untuk bertanggungjawab terhadap prestasi teruk pasukannya.

“Tumpuan saya adalah pasukan ini, jadi saya tidak fikir terlalu banyak mengenai nasib saya di sini. Saya adalah kapten kapal ini, jadi saya akan bertanggungjawab untuk apa-apa keputusan. Ini mengenai bagaimana cara membuat pemain saya bermain dengan prestasi terbaik,” katanya.

Perlawanan seterusnya, AC Milan akan menentang SPAL dalam saingan Serie A, 30 Disember 2018, 3.30 pagi waktu Malaysia. Dikhabarkan, perlawanan ini akan menjadi penentuan nasib Gattuso di AC Milan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here