Netizen Ternampak Pekin Pegang Perut Isterinya Ketika Honeymoon. Isteri Pekin Mengandung?

0
560

PELAKON Pekin Ibrahim menjelaskan isterinya pelakon Mona Allen belum hamil selepas perkongsian foto memegang perut wanita itu disalah tafsir.

Bagaimanapun, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 38, meminta orang ramai mendoakan mereka dikurniakan rezeki cahaya mata tersebut.

Foto yang menjadi tanda tanya netizen

“Belum, belum hamil lagi. Minta doakan yang baik-baik. Kami baru sahaja balik Malaysia,” ujarnya kepada mStar.
Sebelum ini, sebuah foto yang dimuat naik aktor itu pada Jumaat lalu menjadi tanda tanya apabila dia memeggang perut isterinya dan meminta orang ramai memberikan kapsyen untuk foto berkenaan.

Rata-rata pengikut termasuk beberapa rakan artis seperti Raja Ilya dan Tiz Zaqyah mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Pekin dan Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 29, berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here