Neuer: Liverpool Mudah Dijinakkan

0
165

 

Undian peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara 2018/19 telah dibuat semalam, dan hasil daripada undian tersebut menghasilkan satu pertembungan yang agak menarik iaitu diantara gergasi Inggeris dan gergasi Jerman. Pertembungan yang dimaksudkan itu ialah antara Liverpool dan Bayern Munich.

Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer berpendapat pasukannya boleh mengalahkan Liverpool kerana mereka mengetahui titik kelemahan kelab itu. Neuer mengatakan bahawa Liverpool sememangnya sangat tajam di bahagian serangan tetapi pasukan itu agak lemah ketika bertahan.

Neuer merasakan dengan gaya serangan Bayern sekarang, ianya bukanlah sesuatu yang sukar untuk menembusi pertahanan Liverpool.

“Mereka (Liverpool) mempunyai musim yang sangat baik dan kami tahu mereka berada di final Liga Juara-Juara tahun lepas.

“Mereka pasti tidak gembira hasil undian menentang kami.

“Mereka boleh membuat serangan balas dengan cepat dan mereka berbahaya di depan gol, tetapi mereka lemah ketika bertahan dan mereka akan menghadapi serangan Bayern yang tajam.

“Ia akan menjadi perlawanan hebat di Liverpool dan juga di halaman sendiri┬ádi Allianz Arena,” kata Neuer di laman web rasmi Bayern.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here