Neymar 5 Kali ‘Call’ Barcelona

0
458

 

Dua musim bermain di Paris Saint-Germain (PSG) nampaknya tidak cukup membuat Neymar melupakan Barcelona sepenuhnya.

Bintang berasal dari Brazil itu dikhabarkan ingin kembali bermain bersama bekas pasukannya itu.

Menurut media luar Marca, Neymar telah menghubungi pihak Barcelona sebanyak lima kali untuk membawanya kembali ke Camp Nou.

Selain itu, ayahnya juga turut campur tangan membantunya hasratnya itu tercapai.

Menurut khabar angin yang tersebar, ayah Neymar telah berjumpa dengan Presiden Barcelona, Joseph Bartomeu untuk membincangkan hasrat Neymar itu. “Neymar kecewa dan meminta maaf,” kata ayah Neymar.

Neymar berpindah dari Barcelona ke PSG pada musim panas 2017.

Harga perpindahannya ke PSG pada masa itu menimbulkan kontroversi dan menggegarkan dunia sebagai pemain termahal dengan harga 222 juta euro mengalahkan rekod perpindahan Paul Pogba dari Juventus ke Manchester United.

Keinginan Neymar untuk kembali ke Barcelona kerana dia kecewa dengan perancangan masa depan PSG.

Menurut Neymar, pasukan juara Liga Perancis itu tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas dalam bola sepak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here