Neymar Hanya Tersenyum Bila Ditanya Mengenai Perpindahan Keluar Dari PSG

0
539

 

Pemain bintang Paris Saint-German (PSG), Neymar sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada kelab gergasi Perancis itu.

Barcelona dan Real Madrid antara kelab yang dikaitkan dengan perpindahan Neymar.

kali ini, Real Madrid dikatakan cukup berminat dan sedang giat berusaha mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus, baru-baru ini.

Malah, ada laporan di media Sepanyol mengatakan Neymar pernah menerima tawaran ke Real Madrid daripada bekas kelabnya, Barcelona sewaktu perpindahan musim panas lepas.

Namun, Neymar mengambil keputusan berpindah dari Barcelona ke PSG pada 2017.

Sementara itu, Neymar mengambil pendekatan untuk berdiam diri sewaktu ditanya mengenai perpindahan kembali ke Barcelona.

Dia ditemui sewaktu mewakili pasukan kebangsaannya, Brazil dalam perlawanan menentang Uruguay pada Jumaat lalu.

Selain berdiam diri, Neymar turut dikatakan melemparkan senyuman sejurus diajukan mengenai perpindahan kembali ke bekas kelabnya.

Jika benar Neymar akan kembali ke Barcelona, dia bakal membarisi pasukan hebat yang terdiri dari nama-nama besar seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Philipe Countinho dan ramai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here