‘Neymar Kedah’ Mahu Berhijrah Ke JDT?

0
2597

 

Penyerang muda berbisa Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid digosipkan dengan penghijrahan ke selatan tanah air menjelang musim depan.

Khabar angin itu timbul setelah Akhyar dilihat merakam gambar di stadium milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) beberapa hari lalu.

Pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Neymar Kedah’ itu sememangnya menjadi buruan beberapa pasukan beberapa tahun kebelakangan ini apabila tampil dengan aksi yang cemerlang dalam setiap perlawanan malah turut menjaringkan gol-gol penting.

Namun dalam keghairahan penyokong-penyokong tanah air membincangkan status Akhyar yang berkemugkinan besar meninggalkan Kedah musim depan, hakikatnya pemain Bawah 23 Tahun Kebangsaan berusia 19 tahun itu sudah ada perancangan sendiri.

Menurut sumber-sumber rapat dengan pemain itu, Akhyar ke Johor hanya sekadar lawatan sahaja.

Malah menurut sumber tersebut, pemain itu sebenar dalam proses perbincangan dengan sebuah kelab di Thailand.

“Saya boleh katakan dia hanya pergi melawat ke sana.

“Buat masa sekarang ia masih di tahap perbincangan dan menampakkan positif. Tetapi saya tidak boleh berkongsi apa-apa lagi maklumat lanjut kerana ia boleh mengganggu perbincangan ini.

“Bagi saya jika ia benar-benar berlaku, ia satu peluang yang baik buat Akhyar mencari pengalaman di luar negara.

“Dalam masa sama, kami perlu menghormati juga Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memandangkan kontraknya masih berbaki setahun,” kata sumber itu kepada mStar Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here