Nik Akif Mahu Kekal Sarung Jersi TRW Untuk Saingan Musim Depan

0
2360

 

Peminat setia Kelantan mungkin boleh menarik lafas lega apabila pemain muda berbakat, Nik Akif Syahiran Nik Mat, membuat keputusan untuk terus kekal menyarung jersi The Red Warriors (TRW) musim depan.

Sebelum ini, penyokong Kelantan mula bimbang pasukan kesayangan mereka akan kehilangan Nik Akif ekoran pemain itu dikatakan mendapat tawaran daripada empat pasukan tempatan dan sebuah kelab dari Thailand yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Keputusan Nik Akif dilihat cukup bermakna buat TRW yang tersingkir ke Liga Perdana musim depan apabila sekadar menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan ke-11. Malah pasukan dari Pantai Timur itu juga tersingkir dalam perebutan tempat ke separuh akhir Piala Malaysia kepada Sabah.

“Saya akan kekal bersama pasukan Kelantan musim depan kerana mahu mahu menebus semula kekecewaan musim ini apabila kami tersingkir ke Liga Perdana.

“Saya ingin mengembalikan Kelantan ke Liga Super musim berikutnya sebagai membalas jasa pihak pengurusan dan penyokong yang berdiri teguh di belakang kami sepanjang musim ini,” katanya kepada Astro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here