Pak Guard Sedih Disepak, Ditumb0k Pelawak Terkenal. Akhirnya Dia Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

0
1372

Semalam viral sebuah rakaman memaparkan seorang pelawak terkenal membelasah seorang pengawal keselamatan yang sudah berusia. Menceritakan semula kejadian itu, Yahya Manap menyedari sebuah kereta Proton memasuki kawasan perumahan itu tanpa kebenaran.

“Saya pelik dengan tindakan lelaki itu lalu menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertengkar”

“Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya. Saya cuba beri penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang”

“Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi. Siapa pun, dia tidak sepatutnya cederakan orang lebih berusia seperti saya”

Yahya yang berusia 70 tahun, bimbang keadaan menjadi semakin tegang, beliau membuka palang terbabit dan pelawak itu beredar namun sempat mengugutnya. Difahamkan dalam kejadian itu, Yahya cedera pada hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.

“Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here