Pele: Messi Tak Layak Nak Dibandingkan Dengan Saya Kerana Dia Hanya Ada ‘Satu Skill’

0
888

 

Legenda hebat dalam arena bola sepak dunia, Pele, 78, menolak untuk dibandingkan dengan Lionel Messi. Menurut pendapat belliau, Messi tidak layak untuk dibandingkan dengan dirinya, khususnya pada zaman kegemilangannya dalam kancah bola sepak.

Pele yang ditanya banyak pihak berpendapat bahawa Messi merupakan seorang pemain terbaik sepanjang masa. Pada awalnya, dia berkata itu bergantung pada pendapat dan minat seseorang.

Messi Hanya Ada ‘Satu Skill’

Berdasarkan laporan Folha de Sao Paulo, dia setuju Messi seorang pemain terbaik sepanjang masa, namun Messi hanya ada ‘satu skill’ sahaja.

“Bagaimana anda mampu membandingkan diantara seseorang (Pele) yang mampu menanduk dengan baik, menendang dengan kaki kiri, menendang dengan kaki kanan dan seorang lagi itu (Messi) hanya mampu menendang dengan sebelah kaki sahaja, hanya ada satu skill dan menanduk kurang baik?” tanya Pele.

“Bagaimana anda dapat membandingkannya? Untuk dibandingkan dangan Pele, pemain itu haruslah dapat menendang dengan baik menggunakan kaki kiri, kanan, dan mampu membuat gol melalui tandukan,” tambah Pele.

Messi Dibandingkan Dengan Pemain Legenda Lain

Menurut Pele, Messi memang hebat, tetapi masih belum layak untuk dibandingkan dengan dia, Maradona, John Cruyff dan Franz Beckenbauer.

“Anda bertanya kepada saya, Maradona lebih baik daripada Messi? Ya, jauh, lebih baik, sejauh mana saya faham, Maradona adalah salah satu pemain terbaik sepanjang masa.

“Franz Beckenbauer, John Cruyff juga lebih baik daripada Messi, mereka juga pemain yang hebat,” kata Pele.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here