Peluang Harimau Malaya Lunas Dendam

1
186

 

Harimau Malaya berpeluang untuk melunaskan dendam dua tahun lalu keatas Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Pada edisi Piala AFF 2016, Myanmar telah menunjukkan Malaysia jalan keluar hasil kemenangan tipis 1-0 di Stadium Thuwanna YTC, Yangon.

Situasi hampir sama dengan apa yang berlaku dua tahun lalu dimana Malaysia dan Myanmar bakal membuat perhitungan hidup mati pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Cuma sedikit perbezaan apabila kali ini apabila Harimau Malaya memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan Stadium Nasional bakal menjadi saksi sama ada sejarah tersingkir di tangan Myanmar bakal berulang ataupun sebaliknya.

Tidak banyak perbezaan antara skuad Harimau Malaya dan The White Angels dimana kedua-dua pasukan memiliki kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Anak didik Tan Cheng Hoe tidak boleh terlalu bergantung kepada kelebihan beraksi di halaman sendiri kerana Myanmar juga boleh dikatakan sebagai pencabar utama dalam kancah bola sepak Asia Tenggara ketika ini.

Apa yang penting, Cheng Hoe perlu merencana strategi terbaik untuk mengekang pemain Myanmar yang dilihat memiliki corak permainan pantas dengan keseluruhan skuad mereka dibarisi pemain muda yang berusia bawah 30 tahun.

Skuad Myanmar memiliki tiga pemain yang beraksi di Liga Thailand iaitu dua pemain Chonburi FC (Zaw Min Tun dan Sithu Aung) dan seorang pemain beraksi bersama Police Tero iaitu Aung Thu.

Pemain Harimau Malaya perlu memberi lebih perhatian kepada tiga pemain ini disamping tidak mengabaikan keupayaan pemain Myanmar yang lain.

Berdasarkan rekod jaringan mereka sebelum ini, Myanmar dilihat tidak hanya mengharapkan jentera serangan untuk menghasilkan jaringan.

Ianya terbukti apabila lima daripada tujuh jaringan dihasilkan Myanmar sepanjang Piala AFF kali ini disumbangkan pemain yang bermain di bahagian tengah dan hanya dua gol diledak oleh penyerang.

Setakat ini, tonggak tengah mereka iaitu Bo Bo menjadi penjaring terbanyak Myanmar dengan dua gol dama pemain berusia 22 tahun itu semestinya perlu berada dalam ‘senarai sasaran’ Harimau Malaya.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here