Pemain Manchester United Perlu Bijak Kawal Emosi Ketika Menentang Newcastel

0
717

 

Pemain veteren Manchester United, Ashley Young meminta rakan sepasukannya bijak mengawal emosi ketika perlawanan menentang Newcastel United nanti pada pukul 12.30 tengah malam nanti waktu Malaysia.

Young menjangkakan The Magpies adalah lawan yang cukup sukar untuk ditewaskan.

United kini sedang berada dalam situasi sukar kerana masih belum meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir mereka sekaligus mengundang kritikan daripada peminat setia Red Devils.

United pastinya menyasarkan untuk meraih kemenangan ketika menerima kunjungan Newcastel United di Old Trafford.

Young yakin sekiranya mereka mahu menang dalam perlawanan tersebut, pasukannya tidak boleh bermain terlalu tergesa-gesa.

“Kami harus sabar menghadapi mereka (Newcastel),” kata Young yang dipetik dari halaman rasmi Manchester United.

Jurulatih Berbahaya

Bagi Young, jurulatih Newcastel, Rafael Benitez adalah seorang jurulatih yang cukup hebat.

“Rafa Benitez adalah jurulatih yang tahu bagaimana untuk membuatkan kami bermasalah, dan dia sudah melakukan itu di masa lalu ketika berkunjung di Old Trafford.

“Kami ingin mencetak gol awal, namun jika kami gagal mencetak gol dalam babak pertama, kami harus tetap bersabar dan bermain seperti biasa dengan mencipta lebih banyak peluang,” ujar Young.

Yakin Menang

Young yakin pasukannya mampu meraih kemenangan kerana dia dan rakan sepasukannya telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan.

“Sebelum ini kami menguasai perlawanan dengan baik, saya yakin kami mampu memenangi perlawanan.

“Kami sudah menunjukkan tanda-tanda positif dan kami ingin mencipta kebangkitan. Saya percaya kami mampu mendapat tiga mata,” kata Young.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here