Pemain Paling Mahal United, Sanchez Hanya Jaring 4 Gol atau RM31.87 Juta Sebiji!

1
192

SETAHUN lalu, Alexis Sanchez merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris apabila meninggalkan Arsenal untuk Manchester United.

Syarat perjanjian itu cukup untuk membuatkan Manchester City meninggalkan meja rundingan selepas mempercayai mereka berada di hadapan barisan untuk menandapatkan Sanchez.

Selain membuat pertukaran dengan pemain, Henrikh Mkhitaryan bernilai £35 juta (RM186 juta) untuk seorang yang hanya lima bulan daripada menjadi ejen bebas, Manchester United bersetuju untuk membayar Sanchez sehingga £25 juta (RM132.8 juta) setahun.

Sebagai tambahan kepada bayaran pendaftaran £6.75 juta (RM35.88 juta), dia diberi gaji asas £20.35 juta (RM108.17 juta), bersamaan £391,000 (RM2.08 juta) seminggu.

Hak cipta imej dan pakej bonusnya yang dikatakan termasuk £75,000 (RM398,632) untuk setiap perlawanan yang dimulakannya dan tambahan £2 juta (RM10.63 juta) sekiranya mencapai jumlah gabungan setiap musim sebanyak 40 gol dan membantu untuk menjadikan pendapatannya sebanyak £500,000 (RM2.66 juta) seminggu.

Dan itu sebelum dikenakan bayaran ejen £10 juta (RM53.11 juta) yang akhirnya meyakinkan Manchester City untuk berundur.

Setahun lagi, kelab itu mungkin gembira dengan apa yang mereka lakukan.

Ini kerana Sanchez menjaringkan empat gol dalam tempoh 12 bulan untuk Manchester United.

Pencapaian Sanchez itu bersamaan dengan kos yang diperuntukan Manchester United sebanyak £6 juta (RM31.87 juta) bagi setiap gol. – Daily Mail UK

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here