Pemain Terengganu Diwajibkan Menutup Aurat

0
104

 

Bermula musim depan kesemua pemain yang bernaung dibawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi mengatakan, dasar perlaksanaan patuh syariah itu hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam sahaja.

Jelas Wan Sukairi lagi, bagi pemain yang bukan beragama Islam, pihaknya cuma menggalakkan mereka untuk megikuti jejak pemain beragama Islam.

Dari sudut perlaksanaan pula, beliau menjelaskan dasar patuh syariah akan dilakukan secara beransur-ansur dan bukan dengan perubahan drastik yang melibatkan keseluruhan (semua atlet).

Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata, pihaknya akan melantik Mufti Terengganu, Datuk Zulkifli Muda sebagai salah seorang ahli Majlis Sukan Negeri bagi memastikan kelancaran perlaksanaan tersebut.

“Kerajaan negeri akan meminta nasihat dan panduan daripada Mufti Terengganu dalam semua aspek pelaksanaan termasuk berkaitan pakaian dan juga jenis-jenis sukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here