Pemain Yang Tiada ‘Hati’ Bersama United Akan Digugurkan

0
480

 

Bos Manchester United Jose Mourinho mengugut untuk menggugurkan pemain-pemainnya yang tiada ‘hati’ selepas seri tanpa jaringan bersama Crystal Palace.

Keputusan tersebut menyaksikan United kekal di belakang Liverpool dan Manchester City.

Mourinho memberitahu, dia akan pertimbangkan untuk menggugurkan pemain pada perlawanan akan datang.

“Perasaan saya tidak cukup sampai ke hati, kami perlu bermain menggunakan otak, kami perlu bermain sepenuh hati dan saya fikir ianya tidak cukup.

“Saya adalah saya. Dan setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeza.

“Apa jalan penyelesaian? Anda tidak boleh mengubah perangai pemain secara dramatik.

“Jalan penyelesaian mungkin saya perlu membuat pilihan berdasarkan hati.

“Dan kemungkinan saya akan menyalahkan diri saya kerana tidak cukup hati dan kehilangan beberapa kualiti di sini ,” ujarnya. -Eurosport

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here