Penampilan Sulung Di Piala AFF Yang Mengecewakan, Sumareh Mohon Maaf

0
255

 

Pemain naturalisasi negara kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh memohon maaf diatas penampilan sulung di Piala AFF yang mengecewakan kerana tidak mampu membantu Harimau Malaya merangkul kejuaraan tersebut buat kali kedua.

Namun, pemain berusia 24 tahun itu mengakui sedia beraksi bersama pasukan negara sekiranya khidmatnya masih diperlukan.

“Setiap pemain beraksi dengan baik dan saya cukup bangga dengan mereka sepanjang kempen kali ini.

“Minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kami gagal memenangi Piala AFF untuk negara tetapi jika ada peluang sekali lagi, saya sedia melakukannya,” kata Sumareh.

Sumareh jelas kecewa kerana gagal membantu Harimau Malaya bangkit dalam aksi final kedua Piala AFF 2018 selepas Vietnam menjaringkan gol awal sekaligus mengesahkan kejuaraan menerusi agregat 3-2 di Hanoi.

Dia turut mengakui ia bukanlah persembahan terbaik Harimau Malaya.

“Bukan saya saja, setiap pemain di dalam pasukan merasai kekalahan itu tetapi ia bukanlah hari bertuah untuk kami,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here