Pengacara Dikecam Kerana Tanya Pemenang Wanita Pertama Ballon D’Or Boleh ‘Gelek’ Ke Tidak

0
267

 

Pengacara Martin Solveig tampil membuat permohonan maaf berikutan bertanyakan soalan yang kurang sopan kepada pemenang wanita pertama anugerah Ballon d’Or wanita, Ada Hegerberg.

Solveig telah mengajukan pertanyaan kepada Hegerberg sama ada dia boleh ‘twerk’ (tarian gelek) selepas mengambil trofi tersebut, Hegerberg hanya menjawab ‘tidak’.

Berikutan bertanyakan soalan itu, Solveig menerima akibat dikecam dan dikritik kerana dianggap biadab.

Solveig dengan segera memut naik status permohonan maaf di laman Twiternya bagi menjelaskan maksud sebenar soalan provokasinya itu.

“Saya ikhlas memohon maaf terhadap kelakuan yang menyinggung perasaan.

“Tujuan saya: Saya tidak mengajak wanita untuk ‘twerk’ tetapi menari untuk lagu Sinatra.

“Pengikut saya yang telah bersama 20 tahun mengenali saya menghormati wanita.”

Hegerberg mencipta sejarah baru dalam bola sepak apabila muncul wanita pertama menerima anugerah ini selepas membantu Lyon menjulang trofi Liga Juara-Juara.

Pemain yang berusia 23 tahun itu telah merakam 15 gol dalam penampilan di Eropah sekaligus memadamkan rekodnya sendiri 14 gol. Dia turut menjaringkan 28 gol dalam 17 aksi liga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here