Pengadil Final Piala Malaysia 2018 Tidak Diiktiraf FIFA

0
1704
Sumber Gambar: @amriMzain

 

Pengadil yang ditugaskan untuk mengadili perlawanan final Piala Malaysia 2018, Suresh Jayaraman tidak tersenarai antara pengadil yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Selain aksi melibatkan Terengganu FC dan Perak, Suresh juga menjadi tumpuan apabila beberapa keputusan yang dibuatnya dianggap tidak masuk akal terutamanya dengan layanan dua kad merah sekaligus menjadi perkara yang jarang berlaku.

Keputusan paling mengejutkan apabila Suresh mengarahkan Gilmar da Silva meninggalkan padang apabila melayankan kad kuning kedua kepada penyerang import Perak itu pada minit ke-56 selepas insiden pergaduhan pemain di kawasan sepakan penjuru Terengganu.

Perlawanan terhenti seketika apabila berlaku perbalahan di antara kedua-dua pasukan sebelum berjaya dileraikan pegawai perlawanan dan pada akhirnya Suresh mengarahkan Gilmar dibuang padang.

Awang import Terengganu, Lee Tuck turut menerima nasib yang sama 10 minit berselang apabila dilayangkan kad kuning kedua biarpun ulang tayang menunjukkan tiada kekasaran keras yang dilakukan pemain itu. Namun, sebelum itu dia sudah beberapa kali terlepas daripada hukuman meskipun melakukan terjahan keras di bahagian tengah padang.

Bukan itu saja, beberapa keputusan lain Suresh turut dipersoalkan termasuk membiarkan pemain kedua-dua pasukan melakukan terjahan keras tanpa mengenakan sebarang amaran atau melayangkan kad.

Pengadil berusia 30 tahun itu mula menjadi pengadil Liga Super pada tahun 2016, sebelum itu dia menjadi pembantu pengadil di Liga Perdana bermula tahun 2011.

Berdasarkan semakan di laman web rasmi FIFA, pengadil itu tidak berada dalam senarai pengadil badan induk bola sepak dunia itu.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menyuarakan kekecewaan baginda terhadap mutu Suresh pada perlawanan semalam dengan menyiftakan pengadil tersebut menunjukkan kualiti yang teruk.

Pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia hari ini sangat teruk.”

“Saya tak pernah melihat beliau (pengadil) dan terkejut kenapa dia dipilih untuk perlawanan akhir.”

“Inilah sebabnya MFL mahu membawa pengadil import untuk perlawanan penting. Namun Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Subkhidin Salleh tak setuju,” kata TMJ.

“Subkhiddin menyatakan ianya seakan-akan memperkecilkan (kualiti) pengadil tempatan.”

“Sebenarnya bukan begitu. Tetapi kerana kita perlukan bantuan. Anda boleh baca artikel MFL sebelum ini. Bahkan Liga Thailand pun menggunakan pengadil luar untuk perlawanan penting. Kita boleh mengambil inisiatif serupa.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here