Penyerang ‘False 9’, Aaron Niguez Pemain Import Baharu JDT

0
539

 

Juara Liga Super lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumunkan Aaron Niguez sebagai pemain import baharu mereka untuk menghadapi saingan musim 2019.

Pemain produk akademi bola sepak Valencia itu merupakan saudara kandung kepada bintang Atletico Madrid dan pemain kebangsaan Sepanyol, Saul Niguez.

Pengumuman mengenai Aaron Niguez diumumkan oleh JDT melalui rangkaian media sosial mereka, Johor Southern Tigers.

Niguez pernah bermain untuk Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo.

Dia juga merupakan bekas pemain remaja Sepanyol (B-16, 17, 19, 20, dan 21 tahun), memiliki kelebihan bermain di beberapa posisi seperti penyerang, sayap kanan dan juga sayap kiri.

Menariknya, JDT turut menjelaskan Aaron Niguez merupakan seorang penyerang baka false 9. Ini bermakna JDT turut berevolusi dari segi pelan taktikal mereka pada musim hadapan – setelah sering menyandarkan jentera serangan mereka dengan sistem target man.

JDT antara pasukan terawal yang membuat persiapan rapi menjelang musim baharu Liga Malaysia yang bukan sahaja menyaksikan skuad kendalian Luciano Figueroa bakal mempertahankan trofi liga, sebaliknya akan beraksi di pentas Liga Juara Juara AFC (ACL).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here