Penyokong Tottenham Lempar Kulit Pisang Kearah Bintang Arsenal yang Sedang Raikan Gol

0
204

 

Seorang penyokong Tottenham melemparkan kulit pisang ke arah bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang sedang meraikan jaringan gol ketika pertemuan “derby” London, malam tadi.

Pelaku kemudianya berjaya dikenalpasti dan Polis Metropolitan telah dilaporkan telah membuat tujuh tangkapan, termasuk seorang yang ditahan kerana melontar peluru ke arah padang dalam aksi di Stadium Emirates itu.

Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan perbuatan itu dilakukan atas motif perkauman atau sebaliknya.

Ulang tayang di televisyen turut mendapati kulit pisang dibaling ke dalam padang sewaktu jaringan pembukaan Arsenal menerusi Aubameyang.

Pemain kelahiran Gabon itu kemudian menjaringkan gol kedua Arsenal dengan Alexandre Lacazette dan Lucas Torreira turut tersenarai selaku penjaring.

Perlawanan yang berlangsung di London itu menyaksikan Arsenal membena Tottenham dengan keputusan 4-2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here