“Pergi Mahkamah Bukan Sebab Nak Bercerai” – Datuk Red Jawab Spekulasi

0
158

Gara-gara memuat naik gambar berada di mahkamah berserta dengan kepsyen sinis mengenai anak-anak, ramai menyangka Datuk Red hadir bagi urusan perceraian dengan isteri kedua, Adira selepas berita pergolakkan tempoh hari.

“Ya, memang saya ada ke mahkamah tapi bukan kes rumah tangga, ia berkaitan hal lain yang tidak sesuai dikongsi dengan orang ramai. Semasa di mahkamah itu saya teringat sembilan orang anak saya dan terus menulis mengenai mereka”

“Sekarang apa saja ujian yang datang, saya ingatkan diri untuk kuat kerana anak-anak dan fokus saya memang untuk mereka. Kehidupan kami berjalan seperti biasa dan pagi tadi saya dari rumah Adira, tak ada apa masalah”

Dalam masa sama, Datuk Red menjelaskan rumah tangganya dengan Adira baik-baik sahaja dan beliau tidak kisah andai orang luar suka membuat pelbagai andaian mengenai rumah tangga mereka.

“Biarlah kalau orang nak buat spekulasi disebabkan tulisan tersebut. Buat masa ini kami bahagia saja, kalau dia tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan. Cuma biasalah ibu hamil ini emosi kurang stabil sikit,” jelasnya.

Terdahulu Adira meluahkan rasa sedih kerana terpaksa balik sendirian untuk melawat bapanya yang meninggal dunia. Namun lebih kecoh lagi apabila Adira mendakwa Datuk Red membawa anaknnya keluar tanpa kebenaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here