Perlawanan Terakhir Fabregas Di Chelsea

0
118

 

Cecs Fabregas tidak dapat menahan diri dari menitiskan air mata selepas tamat perlawanan menentang Nottingham Forest semalam. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir Fabregas dengan jersi Chelsea.

The Blues berjaya meraih kemenangan 2-0 di pusingan ketiga Piala FA tersebut. Menjelang lima minit terakhir perlawanan, Fabregas ditarik keluar dan segera memeluk beberapa rakan sepasukannya.

Selepas tamat perlawanan, pemain tengah Sepanyol itu mula menjadi emosional dan sambil menitiskan air mata dia melambaikan tangan pada ribuan penyokong di Stamford Bridge.

Fabregas dikhabarkan telah bersetuju untuk menyertai AS Monaco pada Januari ini selepas dia bukan lagi pemain utama pasukan Chelsea di bawah Maurizio Sarri.

“Perlawanan ini membuatkan saya emosi. Saya tidak fikir semuanya berlaku hari ini,” kata Fabregas kepada BBC Sport.

“Saya tidak boleh mengatakan apa-apa kerana saya menghormati Chelsea tetapi semua orang tahu keadaan saya sekarang,” kata bekas pemain Arsenal dan Barcelona itu.

Fabregas dibawa ke Chelsea pada musim panas 2014 dari Barcelona dengan bayaran 33 juta euro.

Semasa bersama The Blues, Fabregas telah memenangi dua trofi Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan Piala Liga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here