Peter Butler: Saya Ditumbuk Dan Disepak Oleh Sekumpulan ‘Binatang Liar’

0
6808

 

Masih lagi panas isu pembunuhan penyokong Persija Jakarta di perkarangan Stadium GBLA, Bandung, bola sepak Indonesia sekali lagi dilanda kontroversi dengan insiden pergaduhan selepas perlawanan.

Jurulatih PSMS Medan, Peter Butler diserang oleh pegawai pasukan lawan dari Barito Putera sebaik sahaja tamat perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Sebelum ini bekas pengendali JDT, Mario Gomez pernah diserang penyokong lawan.

Kali Pertama Dipukul Sepanjang Karier

Menerusi Twitter, Butler mendedahkan itu kali pertama beliau ditumbuk dan disepak oleh kira 20 hingga 30 orang yang terdiri daripada pemain, pegawai dan juga penyokong.

Ketika perlawanan berakhir, Peter Butler menuju ke arah pengadil untuk menyatakan terima kasih kerana berjaya mengendalikan perlawanan dengan baik walaupun berhadapan dengan provokasi penyokong tuan rumah.

Namun tiba-tiba seorang pegawai yang dipercayai pembantu jurulatih Barito Putera telah datang menumbuk Butler.

Insiden tersebut telah mendorong pegawai dan pemain Barito Putera yang lain datang menyerang jurulatih dari England itu.

Mereka Seperti ‘Binatang Liar’

Peter Butler turut melakukan tweet menyatakan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana membantu membawa beliau keluar dari terus dipukul oleh sekumpulan ‘binatang’ liar.

Bekas jurulatih Kelantan itu turut memberitahu sepanjang 30 tahun terlibat dalam dunia bola sepak, dia telah melalui banyak situasi tegang namun ini adalah kali pertama dia dipukul.

Peter Butler cukup terkejut dan kesal dengan insiden itu kerana sebelum sepak mula perlawanan dimulakan dengan upacara penghormatan kepada penyokong yang meningal.

Bagi Beliau, bola sepak Indonesia tidak banyak berubah dan tidak berada dalam situasi yang baik.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here