Petua Dan Doa Baby Tidur Mudah.. Baca Dan Buat Ini Pada Baby

0
703

Kalau ada masalah baby susah nak tidur, amalkan petua ini اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ baby mudah tidur.

Baca surah al qadr (ada di bawah) dan tiup perlahan2 diubun2 kepala baby dengan niat untuk tidurkan baby.

InsyaAllah tak sampai beberapa minit baby akan terus tidur lena… tak perlu pakai buai, tak perlu dodoi.

Selamat mencuba!

CADANGAN TEMPAT TIDUR BAYI DARI KEMENTERIAN KESIHATAN

  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here