Piala Asia 2019 : Kapten India Kalahkan Messi Sebagai Penjaring Gol Terbanyak Antarabangsa

0
107

 

Pasukan kebangsaan Thailand dan Australia mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama Piala Asia 2019 yang berlangsung di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada hari kelmarin.

Selain itu, rekod bersejarah telah dicipta oleh kapten pasukan kebangsaan India yang mengatasi rekod gol Lionel Messi.

Thailand sebagai pasukan kedua terkuat dalam Kumpulan A selepas tuan rumah telah mengalami kekalahan 1 kepada pasukan India.

Sunil Chhetri berjaya menjaringkan dua gol dari empat gol India. Dua gol tersebut telah menjadikannya sebagai pemain yang menjaringkan gol kedua terbanyak di peringkat antarabangsa, sekaligus mengatasi Lionel Messi.

Penyerang Bengaluru FC itu kini telah berjaya menjaringkan 67 gol dan lebih dua gol dari Lionel Messi.

Penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa kini dipegang oleh kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo yang mengumpul 85 gol.

Dalam perlawanan lain, pasukan kebangsaan Australia yang merupakan pasukan terkuat dalam Kumpulan B telah mengalami kekalahan 0-1 ke atas Jordan. Gol tunggal Jordan telah dijaringkan oleh Anas Walid Khaled Bani Yaseen pada minit ke-26.

Berikut adalah keputusan Piala Asia 2019, 6 Januari 2019:

Kumpulan A

Emiriah Arab Bersatu 1-1 Bahrain (Ahmed Khalil 88′- penalti; Moh Al Romaihi 78′)

Thailand 1-4 India (Teerasil Dangda 33′; Sunil Chettri 27′-penalti, 46′, Anirudh Thapa 48′, Jeje Lalpekhlua 80′)

Kumpulan B

Australia 0-1 Jordan (Ban Yaseen 26′)

Syria 0-0 Palestin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here