Piala Malaysia Sudah Tidak ‘Suci’ Kerana Telah Diletak Celah Kangkang

0
488

 

Perak menjulang Piala Malaysia 2018 setelah muncul juara dengan menewaskan Terengganu (TFC) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final di Stadium Shah Alam pada 27 Oktober lalu.

Di sebalik kegembiraan itu, tersebar satu foto piala berprestij itu telah diletak di celahan kangkang Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Tindakan tersebut telah mengundang kecaman nitizen yang merasakan tindakan tersebut tidak wajar dilakukan kerana disifatkan tidak menghormati Piala Malaysia yang merupakan pertandingan tertua di Asia.

Dalam rancangan Bola@Mamak siaran Astro, penganilisis dan bekas pemain bola sepak, Nazab Hizan meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan Hasnul itu. Katanya, piala yang telah diletakkan celah kangkang sudah tidak ada nilai lagi dan menyarankan piala tersebut disimpan sahaja di rumah Presiden PAFA.

Nazab turut mencadangkan Piala Malaysia perlu dibuat baharu kerana piala yang diletak celah kangkang sudah tidak ‘suci’ lagi.

Kata-kata Nazab turut disokong oleh tiga ahli panel yang lain dan pengacara rancangan tersebut.

Bagi mereka tindakan Hasnul dilihat seperti mempersendakan bola sepak serta nilai yang ada pada Piala Malaysia sendiri. Malah, tambah panel lain lagi, antara cabaran yang perlu dihadapi oleh bola sepak tempatan adalah berhadapan dengan orang yang kurang arif mengenai bola tetapi berlagak pandai dalam sukan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here