Piatek Dari Genoa Kini Jadi Pesaing Ronaldo Sebagai Top Scores

0
85

 

Prestasi yang menakjubkan yang telah ditunjukkan oleh penyerang Genoa, Krzysztof Piatek setakat ini sehingga mampu menyaingi Cristiano Ronaldo dalam pemburuan penjaring terbanyak Serie A.

Piatek telah menjaringkan 13 gol dalam Serie A dan jumlah itu hanya kurang satu gol dari Ronaldo yang menjadi penjaring terbanyak sementara liga.

Ketajaman Piatek dalam serangan membuat banyak pasukan yang berminat kepadanya antranya adalah Napoli.

Walau bagaimanapun, Presiden Genoa Enrico Preziosi menegaskan beliau tidak akan menjual Piatek, setidaknya hingga akhir musim ini.

“Tidak ada yang berpindah hingga bulan Jun. Kami memerlukan (Christian) Kouame, Piatek, dan (Gaston) Ramirez. Setakat ini, terdapat banyak gosip tetapi tidak ada tawaran yang datang,” kata Preziosi dilapor Football Italia.

Berbanding dengan menjual pemain, Genoa sebaliknya mahu membeli pemain di pasaran pemindahan Januari 2019.

“Kami memerlukan pemain berkualiti di bahagian tengah dan kami telah membuat tawaran untuk pemain Empoli, (Rade) Kunic,” kata Preziosi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here