Pilihan Neymar, Ronaldo Atau Messi Yang Terbaik?

0
220

 

Pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, 26, telah diminta untuk memberi pandangan mengenai siapa yang terbaik diantara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Menurut Neymar, kedua-dua pemain itu merupakan seorang pemain bola sepak yang luar biasa. Walau bagaimanapun, jika ditanya siapa yang terbaik, Neymar memilih La Pulga (nama gelaran Messi) yang lebih layak.

Dalam 11 tahun lalu, Ronaldo dan Messi tidak pernah lepas dari bersaing merebut trofi Ballon d’Or. Hal ini terbukti apabila 10 daripadanya dikuasai oleh kedua-dua pemain terbaik dunia itu.

Ronaldo dan Messi masing-masing telah mengumpul lima trofi Ballon d’Or dan juga merupakan pemenang trofi paling banyak diantara pemain bola sepak. Atas faktor ini telah mewujudkan dua ‘kem’, ada yang mengatakan Ronaldo adalah yang terbaik, tetapi ada juga yang mengatakan Messi yang terbaik.

Neymar yang pernah bermain bersama Messi selama empat musim di Barcelona tegas mengatakan bahawa Messi yang terbaik di dunia.

“Ronaldo berubah dari pemain sayap ke penyerang dan muncul sebagai penjaring terbanyak. Dia hanya memerlukan satu atau dua sentuhan dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol.

“Messi hampir memilki segalanya. Anda dapat lihat bagaimana dia mencetak banyak gol walaupun lebih banyak ditempatkan di tengah. Jadi, Messi adalah yang terbaik,” jelas Neymar menerusi laporan Daily Express.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here