Piya Dan Taj Jadi Buruan Singa Utara

0
679

 

Bekas kapten The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali Piya kini menjadi sasaran bekas juara Piala Malaysia 2004 dan 2006 iaitu Perlis.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie yang mengatakan pihaknya amat berminat untuk mendapatkan khidmat Piya.

Selain Piya, bekas pertahanan TRW, Amiridzwan Taj Tajuddin turut menjadi buruan pasukan yang diberi gelaran Singa Utara itu.

“Bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan meskipun saya boleh berkata pertemuan itu memberi petanda positif,” jelas Ahmad Amirizal kepada Berita Harian.

Setakat ini Piya belum memberikan kata putus mengenai hasrat Perlis itu. Namun Ahmad Amiral amat berharap bekas pemain tengah kebangsaan itu dapat menerima tawaran menyarung jersi pasukan yang sinonim dengan warna Biru Kuning.

“Pengalaman Piya yang pernah menyarung jersi kebangsaan antara faktor PFA mengadakan rundingan bersamanya.

“Jadi kita harapkan sesuatu yang positif daripada dia,” katanya.

Sebelum ini Piya menafikan bakal berpindah ke Terengganu FC I, malah terkejut kerana tidak dihubungi langsung pasukan naib juara Piala Malaysia 2018 itu.

Bagi Piya, dia masih belum membuat keputusan menyarung jersi pasukan berstatus Liga Super atau Liga Premier bagi saingan musim depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here