Piya Hilang Sabar Terhadap KAFA Yang Masih Berhutang Lebih RM150,000

0
257

 

Bekas jeneral The Red Warriors (TRW), Badhri Radzi sudah hilang sabar terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang hingga kini masih belum melunaskan tunggakan gajinya yang difahamkan berjumlah lebih RM150,000.

Malah pemain yang dikenali dengan panggilan Piya itu mengatakan dia tidak pasti sampai bila lagi isu tunggakan gajinya dengan KAFA akan menemui jalan penyelesaian.

Oleh itu, Piya amat berharap KAFA dapat melunaskan segala tunggakan gajinya selepas kali terakhir menerima bayaran pada April lalu.

“Pelbagai alasan diberikan Presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) mengenai masalah tunggakan gaji saya termasuk mempersoalkan dengan siapa saya menandatangani kontrak bersama Kelantan.

“Hakikatnya saya menandatangani kontrak selepas mendapat persetujuan daripada beliau sendiri dengan jumlah gaji tertentu. Saya cuma mahukan hak saya dan sampai bila lagi saya mahu tunggu?” kata Piya kepada Harian Metro.

Isu tunggakan gaji pemain berusia 36 tahun itu kembali ‘panas’ di media sosial apabila Bibi menerusi satu komen dalam laman Instagram didakwa meminta Piya datang berjumpanya.

Menjawab permintaan Bibi, Piya menjelaskan dia hanya akan bertemu dengan Bibi sekiranya ada jaminan KAFA mahu menyelsaikan tunggakan gajinya.

“Kalau sekadar jumpa untuk bercakap saja nak buat apa, kecuali kalau betul beliau ajak jumpa sebab nak selesai tak apa, saya tiada masalah.

“Sebab saya difahamkan S Veenob (bekas pemain Kelantan) sudah pergi jumpa beliau sebelum ini, juga berhubung tunggakan gaji, tapi masalah itu belum selesai juga,” kata Piya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here