Piya Langgar Perjanjian Bila Buat Kenyataan Media

0
347

 

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendedahkan pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan pemain tengah, Badhri Radzi berkenaan tunggakan gaji bersama pasukan negeri itu musim ini.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan mengatakan mereka kini sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik namun usaha itu seolah-olah dipandang sebelah mata oleh pemain yang terkenal dengan jolokan nama Piya itu.

“Setakat ini kami masih berbincang dengan Badhri untuk mengambil pendekatan bagi menyelesaikan masalah namun dia sendiri melanggar perjanjian dengan persatuan sebagai pemain.

“Antara perjanjian yang dilanggar adalah membuat kenyataan media… dia sepatutnya tahu tanggungjawab seorang pemain yang masih mempunyai kontrak.

“Apa-apa masalah boleh diselesaikan menerusi perbincangan dan tak perlu membuat kenyataan media kerana KAFA dengan dia masih lagi berunding,” katanya kepada Berita Harian.

Terdahulu, Piya yang merupakan bekas jeneral padang skuad The Red Warriors (TRW) tampil membuat tuntutan agar KAFA membayar gajinya yang tertunggak sejak April.

Bibi berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan kepada umum mengenai permasalahan yang berlaku mencetus pandangan buruk terhadap persatuan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here