Piya: Sampai Bila KAFA Nak Dero Ambo?

0
338

 

Bekas jeneral The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi menyifatkan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang terus membisu berhubung isu tunggakan gaji disifatkan sebagai satu bentuk ‘penderaan’.

Mohd Badhri atau lebih dikenali Piya mengatakan KAFA terus mengamalkan sikap lepas tangan walaupun berulang kali isu ini cuba dibangkit olehnya.

Malah KAFA juga tidak memanggilnya untuk berbincang bagi mencari titik persamaan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh itu, Piya yang pernah mencurahkan khidmat bakti buat TRW akan terus bersuara sehingga haknya itu didengari oleh KAFA.

“Saya akui sedikit tertekan setiap kali memikirkan masalah ini (gaji). Ini kerana bola sepak merupakan kerjaya utama saya untuk menyara keluarga.

“Saya ada tanggungjawab yang perlu dijalankan. Jadi Kafa pun samalah, jalankanlah tanggungjawab dengan melunaskan bayaran tunggakan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Piya mendedahkan sudah membawa permasalahan tersebut kepada pengetahuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk tindakan lanjut.

Selain Piya, Kelantan turut berdepan tuntutan gaji dari pemain pertahanan, Amiridzwan Taj Tajuddin.

Malah KAFA turut diarahkan membayar tunggakan gaji bekas pengarah teknikal Alfredo Gonzalez (RM225,940) dan Dramane Traore (RM332,000).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here