Piya: Tak Kisahlah Pasukan Liga Super Atau Perdana, Asalkan Saya Dapat Bermain

1
899

 

Bekas kapten The Red Warriors (TRW) , Mohd Badhri Radzi menegaskan berita penghijrahannya ke Terengganu FC I (TFC I) musim depan hanyalah khabar angin sahaja.

Pemain yang lebih dikenali Piya itu menegaskan buat masa ini dia tidak menerima sebarang tawaran atau melakukan rundingan dengan pasukan berkenaan sebagaimana yang tular di laman-laman sosial ketika ini.

“Jujurnya, saya masih menunggu tawaran daripada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat sama musim depan.

“Tak kisahlah pasukan Liga Super atau Perdana, yang penting saya dapat bermain untuk musim depan,” katanya kepada Utusan Online ketika sidang akhbar aksi persahabatan pilihan Piya menentang Lagenda Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.

Piya merupakan tonggak utama Kelantan ketika pasukan itu meraih kejuaraan trebel musim 2012 sekaligus melakar sejarah baharu dalam sukan bola sepak di negeri itu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here