Pochettino : Mahu Minta Pendapat Wenger, Kekal Bersama Spurs Atau Sertai United

0
220

 

Jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino sering dikaitkan akan menyertai Manchester United.

Disebabkan itu, dia mahu meminta pandangan Arsene Wenger sekiranya dia menyesal melatih Arsenal selama 22 tahun ataupun tidak.

Jurulatih dari Argentina itu merupakan calon utama yang diminati oleh lembaga pengarah United untuk mengisi posisi jurulatih tetap di Old Trafford.

Buat masa ini, posisi jurulatih United diisi oleh Ole Gunnar Solskjaer sebagai jurulatih sementara selepas kelab tersebut memecat Jose Mourinho.

Pochettino mengakui bahawa dia bersedia menghabiskan kerjayanya sebagai jurulatih Spurs selama 20 tahun dan untuk lebih kepastian dia mahu mendapatkan pandangan daripada Wenger mengenai perkara tersebut.

Wenger meninggalkan Arsenal pada musim panas lalu selepas membimbing pasukan itu selama lebih dari 20 tahun.

Pochettino juga ingin mengetahui sama ada Wenger berhasrat ingin terus kekal lebih lama di Emirates atau sebaliknya.

“Saya amat menghormati Wenger kerana apabila anda bercakap mengenai tempoh 22 tahun mengemudi kelab seperti Arsenal dan apa yang berlaku dalam tempoh itu, anda perlu bagus bukan sahaja jadi jurulatih hebat tetapi manusia luar biasa yang menonjolkan nilai yang anda ada,” kata Pochettino.

“Ia menakjubkan. Agak sedih dia terpaksa menamatkan kerjayanya di Arsenal dengan cara sebegitu. Semua yang Wenger beri kepada Arsenal, hingga cara dia menamatkan kerjayanya, ya ia amat tidak adil.

“Bagi saya penghormatan kepada usahanya. Saya berharap jika saya berpeluang bercakap dengannya, saya mahu bertanya – Adakah ia berbaloi untuk dilakukan?, Saya tidak tahu apa yang akan bakal dia katakan.

“Benar kita bekerja dan kita tahu realiti semua yang berlaku dan kita tidak boleh menjangkakan orang hidup dalam realiti yang sama atau mempunyai pengetahuan mengenai apa yang berlaku di dalam.

“Saya berharap mungkin saya berada di sini selama 20 tahun dan memutuskan untuk menamatkan kerjaya saya di sini,” jelas Pochettino.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here