Pogba Bandingkan Taktik Solskjaer Dengan Mourinho

0
847

 

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, merasakan perbezaan yang ketara dari taktik yang digunakan oleh Ole Gunnar Solskjaer daripada Jose Mourinho.

Hal itu dikatakan oleh Pogba selepas tamat perlawanan Manchester United vs AFC Bournemouth di Stadium Old Trafford.

Dalam perlawanan itu Pogba telah menjaringkan dua gol seklaigus membantu kemenangan United 4-1.

Menurut Pogba, taktik yang digunakan oleh Solskjaer lebih menyerang daripada Mourinho. Hal itu dapat memastikan pemain United dapat mencipta lebih banyak peluang dalam setiap perlawanan.

“Ini berbeza. Kami memang memenangi perlawanan dengan jurulatih terdahulu, tetapi ini adalah gaya permainan yang berbeza. Lebih menyerang, jadi kami dapat mencipta banyak peluang,” kata Paul Pogba kepada Sky Sports.

“Kami cuba bermain seperti itu. Itulah yang kami mahukan, kami mahu menyerang dan akan mencubanya di padang,” tambah Pogba.

Di bawah bimbingan Solskjaer, United telah memenangi ketiga-tiga perlawanan sejak dia mengambil alih sebagai jurulatih sementara United.

Kemenangan pertama diperoleh oleh United ialah semasa bertandang ke Cardiff City dengan keputusan 5-1.

Kemudiannya, United menyambut kedatangan Huddersfield di kandang sendiri dan memperoleh kemenangan kedua.

Kemenangan terbaharu untuk menutup tahun 2018, United menang 4-1 ke atas Bournemouth di Stadium Old Trafford.

Dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut, Pogba telah berjaya menjaringkan empat gol dan tiga assist.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here