Polis Tiada Bukti Kukuh Dakwa Salah

0
947

 

Mohamed Salah boleh menarik nafas lega kerana tidak akan didakwa selepas videonya menggunakan telefon bimbit semasa memandu tular sebelum ini.

Polis mengesahkan mereka tiada bukti kukuh untuk membuat pendakwaan keatas Salah.

Video yang tular di Twitter pada Ogos lalu memaparkan pemain dari Mesir itu menggunakan telefon bimbit semasa memandu ketika meninggalkan Anfield.

Dipercayai video itu dirakam selepas aksi menentang West Ham di mana Liverpool meraih kemenangan 4-0 pada 12 Ogos lalu yang menyaksikan Salah telah menjaringkan satu gol.

Berikutan tersebarnya video itu, Liverpool telah membuat laporan polis selepas melakukan perbincangan dengan Salah dan akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman jika ada tindakan susulan.

Namun Polis Merseyside menegaskan mereka tiada bukti kukuh untuk mendakwa pemain sensasi Liverpool itu.

“Kami boleh mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu telah diambil keterangan susulan insiden di Arkles Lane, Liverpool pada 12 Ogos lalu.

“Soal siasat telah dilakukan dan terdapat bukti tidak mencukupi untuk menyokong pendakwaan. Oleh itu tiada tindakan lanjut diambil.

“Salah telah bercakap dengan pegawai dan diberikan nasihat untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” kata jurucakap polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here