Presiden PAFA Mohon ‘Ulat’ Hentikan Penjualan Tiket Final Dengan Harga Mahal

0
173

 

Kekecohan tercetus di Stadium Perak apabila penyokong skuad The Bos Gaurus menyatakan rasa tidak puas hati setelah tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijual didakwa terlalu cepat habis, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menjelaskan terdapat pihak-pihak tertentu yang membeli tiket dan kemudiannya menjualnya semula dengan harga yang mahal.

Oleh itu, Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim memohon agar penjualan tiket dengan harga yang lebih mahal dihentikan segera.

“Saya mohon kepada pihak yang telah memperolehi tiket dan kemudiannya menjual dengan harga yang mahal hentikan perbuatan mereka itu.

“Mereka seharusnya lebih bersimpati kepada mereka (penyokong), yang sangat-sangat memerlukan tiket berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hasnul Zulkarnain memohon maaf terhadap segala kesulitan yang berlaku khususnya ditempat pembelian tiket di Stadium Pereak.

Namun, beliau berharap penyokong dapat terus memberikan sokongan kepada skuad The Bos Gaurus demi merealisasikan misi menjulang piala yang berprestij itu.

“Kepada semua penyokong teruskanlah dengan sokongan anda kepada pasukan. Kejor Yob Kejor, Skor Yob Skor!” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here