Produksi Terkenal Akan Bawa Kisah Hidup Messi Ke Pentas Teater

0
214

 

Produksi teater terkenal, Cirque du Soleil bakal mementas kisah hidup bintang sensasi bola sepak dunia, Lionel Messi tidak lama lagi.

PopArt Music bersama Sony Music akan bekerjasama untuk menjayakan pementasan tersebut dan ianya dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Cirque du Soleil telah berjaya mementaskan kisah hidup kumpulan The Beatles dan penyanyi terkenal Micheal Jackson.

“Rasa gila dan tak percaya Cirque du Soleil mahu buat persembahan mengenai kisah hidup saya. Malah mereka juga akan mempersembahkan minat saya iaitu sukan bola sepak dalam teater ini.

“Cirque du Soleil juga merupakan persembahan kegemaran keluarga saya. Saya yakin ia akan menghiburkan orang lain juga,” ujar Messi.

Cirgue memilih kisah hidup Messi kerana dia merupakan salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia.

Sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional, Messi telah memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali, anugerah pemain terbaik FIFA pada 2009, anugerah Golden Boy pada 2005 dan banyak lagi.

Pemain dari Argentina itu pernah bermain dengan pasukan Newell’s Old Boys sebelum menyarung jersi pasukan Bercelona.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here